10 Fenomena Alam Di Langit Yang Menakjubkan Dan Luar Biasa

Fenomena alam – Di Bumi ini, banyak sekali fenomena alam yang indah yang sering kita lihat. Hal seperti ini pun sering sekali membuat para masyarakat terkejut dengan adanya penampakan fenomena alam tersebut.

Tentu saja, Fenomena alam yang terjadi itu merupakan faktor dari alam sendiri, ataupun ada beberapa fenomena alam yang berasal dan manusia itu sendiri, lalu apa saja fenomena alam yang indah dan menakjubkan yang ada dimuka bumi ini? Kini sudah kami rangkum 10 Fenomena alam yang menarik yang ada di dunia menurut fenomenaalam.com

1. Pelangi Putih

Pelangi Putih merupakan sejenis pelangi yang sangat jarang orang ketahui. Pelangi Putih ini yang dikenal sebagai moonbow ini atau pelangi lunar. Pelangi ini terbentuk dari hasil pancaran cahaya bulan, bukannya dari sinaran matahari seperti yang biasa kita ketahui. Pembentukan pelangi ini sebenarnya sama seperti pelangi solar yang berbeda hanya sumber cahaya. Ia terbentuk dari biasan cahaya bulan pada titisan air yang muncul bertentangan dengan arah bulan. Pelangi ini juga terlihat lebih pucat dan berwarna putih jika dilihat dengan mata kasar. Kebiasaan pelangi ini akan terbentuk jika bulan berada paling hampir dengan Bumi dan bersaiz penuh.

2. Awan Lentikular

Awan Lentikular ini merupakan pembentukan awan unik yang dilihat seperti kanta atau piring. Awan ini sering terjadi diatas kawasan pegunungan dan terbentuk dalam posisi serenjang dengan arah angin di lapisan troposfera. Apabila angin bertiup dalam arah yang sama secara berterusan dan keadaan udara sekeliling adalah stabil, pembentukan awan ini mula dapat dilihat. Untuk membentuk awan ini, sebuah struktur besar dan menegak diperlukan saat terbentuk, jika awan ini terbentuk biasa nya ia tidak bergerak dan terasing dari awan-awan yang lain.

3. Awan Nakreus

Awan Nakreus yang dikenali dengan awan stratosfera kutub merupakan sebagian persekitaran di kutub utara apabila gelombang lindung angin oleh kawasan gunung menyejukkan lapisan rendah stratosfera. Atmosfera kering di lapisan ini yang bersuhu dibawah -78 C dapat membantu menghasilkan awan yang luar biasa ini. Pembentukannya disebabkan kedudukan awan pada altitud tinggi sekitar 49.000 sampai dengan 82.000 kaki, ia menerima cahaya matahari dari bawah ufuk yang menghasilkan warna terang. Ia dapat dilihat dua jam sebelum matahari terbenam atau sebelum subuh

4. Awan Seri Pagi

Awan Seri Pagi atau sering disebut dengan Morning Glory clouds merupakan suatu fenomena yang sangat unik. Pasalnya awan jenis ini dapat dilihat seperti ombak atau riak yang indah. Awan ini akan terjadi apabila udara laut dari dua arah berlawanan bertemu dan membentuk kesan silinder berpusing.

5. Pelangi Api

Pelangi Api ini atau disebut dengan kata lain circumhorizontal arc dan tidak mempunyai sebarang kaitan api mahupun pelangi. Pelangi ini mempunyai jenis halo dan merupakan salah sebuah fenomena optik dilangit. Fenomena ini terjadi apabila biasan matahari atau bulan melalui kristal ais berbentuk plat yang tergantung di langit. Apabila terbentuk sepenuhnya, ia kelihatan sangat cerah dan mempunyai warna yang terang.

6. Awan Asperatus

Awan Asperatus ini atau sebelumnya dikenali dengan Undulatus asperatus. Asperatus merupakan perkataan Latin yang bermakna kekasaran. Kelompok awan Kasar ini sangat menakutkan karena ia kelihatan seperti dalam filem Judgement Day. Ia memberikan kesan iluminasi visual yang sangat dramatik yang melihat seolah-olah satu ribut petir yang sangat kuat.

7. Aurora

Aurora ini merupakan salah satu keajaiban dilangit yang mempunyai pelbagai nama seperti polar light, northern light dan southern light. Aurora merupakan paparan cahaya semula jadi yang terbentuk dikawasan berlatitud tinggi seperti Kutub Utara dan Antartika. Aurora ini terjadi apabila cahaya panas matahari yang bersuhu 15 juta Celsius yang menghasilakn angin solar yang mengambil masa 40 jam untuk sampai ke Bumi sehingga menyebabkan keindahan seperti ini. Selain terjadi di Bumi, aurora juga terjadi di planet-planet lain seperti yang ada didalam sistem solar.

8. Awan mamatus

Awan mamatus ini merupakan awan yang sangat menakutkan dan misteri karena tiada yang tahu bagaimana awan ini terbentuk. Seorang pakar meteorologi Clement Ley, ia mempunyai rupa yang aneh seperti kantung sel yang tergantung pada dasar awan lain dan terbentuk dalam keadaan langit yang berbeda. Terdapat beberap teori yang berkaitan dengan terbentuk nya awan mamatus ini, salah satu teorinya menerangkan bahwa udara sejuk yang tenggelam ke bawah membentuk awan ini melalui perolakan udara panas.

9. Kilat Hijau

Kilat Hijau terjadi biasanya selepas matahari terbenam atau sebelum matahari terbit. Agar dapat terbentuk Kilat Hijau keadaan langit haruslah sempurna dari segi jarak kaki langit sebelum ia boleh terbentuk. Lokasi terbaik untuk melihat Kilat Hijau ini adalah di ufuk laut. Fenomena ini terjadi apabila atmosfera Bumi berkebolehan untuk mengasingkan warna berbeda daripada cahaya matahari.

10. Tiang Cahaya

Tiang Cahaya ini mungkin merupakan fenomena paling Indah di dunia yang pernah terjadi. Ia merupakan sekumpulan cahaya menegak yang muncul dari pada satu sumber cahaya. fenomena atmosfera optik ini dihasilkan oleh refleksi cahaya daripada kristal ais yang kecil yang banyak terdapat di awan.